Monday, June 10, 2013

Cabaran Demam Menulis

Hampir beberapa bulan saya demam membaca novel penulis terkenal tanah air. Karya mereka menjadi igauan saya. Saya boleh menangis berkali-kali membaca novel kakak Siti Rosmizah, saya mampu tersengeh dengan garapan lucu kakak Melur Jelita, saya terpanggil untuk berfikir bila bersama karya Hlovate dan saya boleh mengutuk diri sendiri dengan kekhilafan saya dalam kehidupan dengan pelbagai garapan menarik dalam novel penulis lain.  

Saya senang dengan novel sengal bersahaja. Satu novel yang biasa-biasa boleh saya habiskan dalam dua hari. Gaya bahasa mereka saya pelajari. Mainan emosi penulis cuba saya praktikkan dalam karya saya. Memang tidak terkejar saya keupayaan mereka yang sudah lama dalam dunia penulisan kreatif ini, namun belajar dalam senyap dari mereka buatkan saya seakan mampu bernafas dalam lumpur. (hahahaha bermelankolik pulak)

Saya berkarya dengan bertemankan novel penulis kegemaran saya. Saya bayangkan mereka ada disebelah dengan sebatang rotan yang halus.  Buku rujukan yang lain pun saya buka. Saya tidak bijak menyusun kata namun rujukan fakta buatkan saya terawang di angkasa. 

Kadang-kala saya rasakan alangkah bagus jika rumah saya bersebelahan dengan Perpustakaan Negara. Dulu saya tidak kisah seharian di shopping complex, sekarang masa saya di shopping complex paling lama dua jam sahaja. Saya dikuncikan dalam bilik yang penuh dengan pelbagai jenis buku. Bagilah saya kertas dan pencil. Tak makan pun saya sanggup. Masyallah teruk betul demam saya kali ini. Kemaruk sungguh. 

Cukuplah seteko tea o menemani saya. Bila bab sengal, saya dulu yang sengeh. Bila bab sedih saya duu yang puas menangis. Bengkak mata dulu baru mampu menaip laju. Kekadang rasa macam nak pasang 'WIPER' kat kelopak mata. Hidung usah cakaplah sudah macam hidung badut. Sebab itu saya paling suka bangun seawal empat pagi setiap hari. Kerja surirumah ini macam-macam. Nak dapatkan waktu untuk diri sendiri berfikir dengan tenang agak susah sikit. Subuh buta macam ini Encik suami masih nenyak tidor. Anak-anak pun masih berbungkus dalam selimut. 

Saya kena menuntut dengan Otai-otai penulisan untuk mendisiplinkan diri supaya seimbang dalam minat dan kehidupan seharian. Saya nak jadi normal kembali. Sekarang sudah OB-NORMAL. Jiwaku kacau dijentik oleh Love Story, Cinta Cyber Usahawan Jelita. Massause Cinta melembabkan pergerakan sapu lantaiku pagi ini. Pemanduanku pulang dari menghantar anak ke sekolah dipintas oleh Justified Yes or No? dan akhir sekali Arch File tugas PIBG aku terselit nota Projek Menantu Abah. 

Secepat kilat minda menjatuhkan hukum. PERCEPATKAN mencari kata-kata untuk menekan butang TAMAT dalam setiap manuskip. Ini ada yang masuk bilik air pun bawa buku nota dan pencil kontot. Hahahahahaha.... doakan saya cepat siapkan semuanya. Insyallah :)


No comments:

Post a Comment